Hasil Carian Hadis Terjemahan Melayu
HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA gembira puasa BERJAYA MENCAPAI 80 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH BUKHARI

51  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0854.
Dari Ummul Fadhal r.a., katanya: "Pada suatu ketika di hari 'Arafah, orang banyak merasa ragu tentang puasa Nabi saw. (apakah beliau puasa atau tidak). Kerana itu saya pergi kepada beliau membawa air minum, lalu diminum oleh beliau. "

52  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1653.
Dari Abu 'Ubaid r.a., ia pernah beraidul adha dengan 'Umar bin Khattab r.a. Ia solat sebelum berkhutbah, lalu berpidato kepada orang ramai: "Hai manusia, Rasulullah saw. telah melarang kamu berpuasa pada dua hari raya ini. Yang pertama adalah hari raya di mana kamu berbuka setelah berpuasa. Yang kedua pada hari kamu makan daging binatang sembelihan korban mu. " Selanjutnya Abu 'Ubaid berkata: "Setelah itu saya pernah berhari raya dengan 'Uthman bin 'Affan. Hari itu adalah hari Jumaat. Ia solat setelah itu berkhutbah: "Hai manusia, pada hari ini terdapat dua hari raya. Siapa dari kamu penduduk luar kota yang ingin menunggu di sini sampai solat Jumaat, boleh menunggu. Siapa yang ingin pulang sekarang, saya beri izin." Abu 'Ubaid selanjutnya berkata: "Kemudian saya berhari raya dengan 'Ali bin Abi Thalib. Ia solat, setelah itu berkhutbah. Dalam khutbahnya, ia berkata: "Rasulullah saw. melarang kamu makan daging korban mu setelah tiga hari."

53  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1583.
Dari 'Abdullah r.a., katanya: "Di zaman Rasulullah saw., kami adalah pemuda-pemuda yang tidak memiliki apa-apa. Rasulullah saw. berkata kepada kami: "Hai para pemuda! Siapa yang mampu berumah-tangga, kahwinlah! Perkahwinan itu melindungi pandangan mata dan memelihara kehormatan. Tetapi siapa yang tidak sanggup kahwin, berpuasalah, kerana puasa itu merupakan perisai baginya."

54  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0978.
Dari Humaid r.a., katanya dia bertanya kepada Anas r.a. tentang puasa Nabi saw. Kata Anas, "Apa yang ku senangi ialah aku dapat melihat Nabi saw. puasa setiap bulan, justeru aku melihatnya. Jika beliau berbuka, aku melihatnya, dan jika beliau bangun tengah malam untuk solat aku melihatnya, dan jika beliau tidur aku melihatnya. Dan tidak pernah aku menyentuh sutera campuran dan sutera halus yang lebih halus dari telapak tangan Rasulullah saw. Dan tidak pernah aku mencium kasturi dan minyak harum yang lebih harum daripada harumnya Rasulullah saw."

55  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0936.
Dari Abdullah r.a., katanya kami pernah mendengar Nabi saw. bersabda: "Barangsiapa yang telah merasa sanggup untuk berumah tangga, maka hendaklah ia kahwin. Sesungguhnya kahwin itu lebih melindungi penglihatan dan lebih memelihara bagi kehormatan. Dan siapa yang belum sanggup hendaklah dia puasa, kerana puasa itu dapat mengurangi nafsu berahi.

56  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0930.
Dari Sahl r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Sesungguhnya di dalam syurga ada sebuah pintu yang disebut Ar Rayyaan. Pada hari kiamat, orang-orang yang puasa masuk ke syurga dari pintu itu. Tidak seorang pun masuk dari pintu itu selain mereka. (Mereka) dipanggil: Mana orang yang puasa? Lalu mereka berdiri. Tidak seorang pun masuk dari pintu itu selain mereka. Setelah mereka itu masuk, pintu segera dikunci, maka tidak seorang pun lagi yang dapat masuk."

57  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1937.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah saw. melarang puasa tanpa berbuka. Orang banyak bertanya: "Mengapa anda puasa tanpa berbuka?" Beliau menjawab: Siapakah di antara kamu yang serupa dengan aku? Di malam hari, aku diberi makan dan diberi minum oleh Tuhan ku."

58  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0990.
Dari Salamah bin Akwa' r.a., katanya Nabi saw. menyuruh seorang laki-laki dari suku Aslam, sabdanya: "Beritahukanlah kepada orang banyak, bahawa siapa yang telah makan supaya ia mempuasakan sisa harinya dan siapa yang belum makan, hendaklah ia puasa, kerana hari ini adalah hari Asyura."

59  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0967.
Dari Anas r.a., katanya: "Kami pernah bepergian bersama-sama dengan Nabi saw. Tidak pernah orang puasa mencela orang berbuka, dan tidak pula orang berbuka mencela orang puasa."

60  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0966.
Dari Jabir r.a., katanya: "Pada suatu ketika dalam suatu perjalanan Nabi saw. melihat seorang laki-laki dipayungi. Lalu Nabi bertanya, "Kenapa (orang) ini?" Jawab mereka, "Dia puasa." Sabda Nabi saw., "Bukanlah suatu kebaikan puasa dalam perjalanan."